Penganjuran AMAF 2023 cemerlang, hasilkan potensi kerjasama

Iklan
Mohamad (duduk, tengah) bersama barisan delegasi dari luar negara yang menyertai AMAF 2023.
KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menzahirkan penghargaan kepada kakitangan kementerian dan semua pihak yang bertanggungjawab menjayakan Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pertanian dan Perhutanan ke-45 (AMAF 2023) di ibu negara.

Mohamad berkata, acara yang berlangsung selama lima hari itu berjalan lancar dan menghasilkan idea dan potensi kerjasama lebih baik bersama rakan-rakan dialog.

Mohamad

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua delegasi dari dalam dan luar negara serta semua pihak termasuk pegawai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang menjayakan AMAF kali ini.

Iklan
Iklan

"Bagi saya acara ini dianjurkan dengan cemerlang dan sekiranya AMAF kembali ke Malaysia, sudah semestinya kerajaan bersedia untuk anjurkannya dengan lebih baik,” katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Makan Malam Sempena AMAF 2023 pada Khamis.

Mohamad hadir pada Majlis Makan Malam Sempena AMAF 2023 yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada Khamis.

AMAF 2023 berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur bermula 2 hingga 6 Oktober.

Iklan

Lebih 100 delegasi dari dalam dan luar negara menyertai acara tahunan itu melibatkan menteri-menteri pertanian dan perhutanan serta pegawai tertinggi kerajaan dari Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei, Kemboja, Laos, Filipina, Myanmar dan Vietnam.

Selain itu, delegasi daripada Timor Leste bertindak sebagai negara pemerhati di samping China, Jepun dan Korea Selatan sebagai anggota Negara ASEAN Campur Tiga.

Persembahan yang menyerikan Majlis Makan Malam Sempena AMAF 2023 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada Khamis.

Iklan

Tahun ini merupakan kali ketiga Malaysia menjadi tuan rumah mesyuarat berkenaan selepas edisi ke-25 (2003) dan edisi ke-35 (2013).

Sepanjang AMAF 2023, Mohamad telah menyertai mesyuarat dua hala melibatkan Malaysia-Jepun, Malaysia-Thailand dan Malaysia-Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA).

Mesyuarat dianjurkan setiap tahun dengan tanggungjawab penganjuran ditetapkan secara penggiliran mengikut abjad negara-negara ASEAN.