Rumah jadi pusat proses kicap diarah tutup

Iklan
Premis ini bukan sahaja beroperasi tanpa lesen tetapi juga tidak memenuhi spesifikasi kesihatan ditetapkan.

SHAH ALAM - Sebuah rumah di Batu 5, Gombak yang dijadikan tempat memproses kicap diserbu dan diarah tutup oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tindakan itu diambil susulan pemeriksaan dijalankan di premis berkenaan selepas pihak berkuasa tempatan itu mendapat maklumat mengenai aktiviti yang dijalankan.

Iklan
Iklan

DBKL dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebooknya memaklumkan, premis berkenaan bukan sahaja beroperasi tanpa lesen tetapi juga tidak memenuhi spesifikasi kesihatan ditetapkan.

Sebuah rumah di Batu 5, Gombak yang dijadikan tempat memproses kicap diserbu dan diarah tutup oleh DBKL.

"Lebih buruk lagi, bekas menjemur kicap (tempayan) dibiarkan terbuka dan menjadi hurungan serangga kecil dan premis juga didapati tidak memasang sinki dilengkapi perangkap minyak dengan keadaan stor penyimpanan yang kotor," maklum DBKL.

Iklan

Sehubungan itu, pemilik terbabit dikenakan kompaun di bawah UUK 3(1) UUKPPM (WPKL) 2016 - JKAS 107172 serta notis perintah penutupan premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuatkuasa 5 Oktober 2023.

"Selain itu amaran dan nasihat berkenaan kehendak-kehendak kesihatan juga telah diterangkan kepada pihak pengurusan," tambah kenyataan pihak berkuasa tempatan itu.

Iklan