Doktor jumpa jarum tertanam dalam otak wanita selama 80 tahun

Iklan
Jarum yang dipercayai tertanam dalam otak seorang wanita di Rusia. - Agensi

MOSCOW - Sebatang jarum ditemui tertanam di dalam otak seorang wanita selama 80 tahun yang disyaki dilakukan ibu wanita itu sebagai cubaan untuk membunuhnya.

Kementerian Kesihatan di wilayah Sakhalin menyiarkan kenyataan dalam Telegram bahawa pakar radiologi tempatan menemui jarum sepanjang tiga sentimeter semasa membuat imbasan sinaran-x.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, mereka tidak menyatakan tarikh tepat mereka melakukan penemuan jarum itu tetapi dipercayai berlaku pada tahun ini.

Menurut kementerian, jarum itu ditemui di Lobus Parietal kiri dalam otak wanita yang namanya dirahsiakan itu.

Iklan

Pegawai berkata, jarum itu berada di dalam otak wanita itu sejak dia dilahirkan dan doktor mempercayai ibu-bapanya cuba membunuhnya semasa masih bayi.

Difahamkan semasa perang, segelintir ibu bapa akan memasukkan jarum di bahagian lembut kepala bayi yang baru lahir dengan tujuan untuk membunuhnya secara perlahan-lahan.

Iklan

"Kes seperti ini bukan perkara luar biasa berlaku ketika zaman kebuluran," katanya sambil menjelaskan wanita itu dilahirkan pada tahun 1943 dan tidak pernah mengadu sakit kepala akibat jarum itu. - Agensi