SYDNEY - Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di negeri New South Wales (NSW) Australia pada Jumaat, manakala jumlah penumpang yang berada di dalamnya masih belum diketahui, lapor Xinhua.
Polis NSW mengesahkan dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa perkhidmatan kecemasan kini berada di lokasi pesawat terhempas di Gundaroo, sebuah perkampungan kecil yang terletak kira-kira 35 km utara Canberra.