Menteri ASEAN ikrar tindakan kolektif tangani pembakaran ladang

Iklan
Kualiti udara mencecah tahap tidak sihat di beberapa bahagian dalam negara sejak kebelakangan ini. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Menteri-menteri pertanian dan perhutanan Asia Tenggara bersetuju untuk mengambil tindakan kolektif bagi meminimumkan dan menghapuskan pembakaran tanaman susulan kemerosotan kualiti udara serta jerebu rentas sempadan.

Menerusi satu kenyataan selepas mesyuarat Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) di Malaysia, negara-negara itu juga mengesahkan mengenai 'kesan buruk alam sekitar dan kesihatan ekoran amalan pembakaran tanaman'.

Iklan
Iklan

"Mesyuarat ini mengiktiraf keperluan untuk mencari alternatif yang mampan bagi pembakaran tanaman, termasuk penggunaan amalan pertanian yang inovatif dan mesra alam," katanya.

Ikrar itu dilakukan ketika kualiti udara mencecah tahap tidak sihat di beberapa bahagian dalam negara sejak kebelakangan ini, selepas beberapa minggu peningkatan pencemaran dari Indonesia.

Iklan

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa Indonesia dan ASEAN mengambil tindakan apabila kualiti udara semakin teruk dan menyalahkan pihak tersebut berkaitan pembakaran tanaman di Indonesia.

Hampir setiap kali musim kemarau, asap daripada kebakaran untuk pembukaan tanah ladang kelapa sawit dan pulpa serta kertas di Indonesia menyelubungi sebahagian besar wilayah itu, membawa risiko kepada kesihatan awam dan operator pelancongan serta syarikat penerbangan.

Iklan

Kebanyakan syarikat yang memiliki ladang itu adalah syarikat asing atau syarikat tersenarai asing.

Sementara itu, Jakarta menafikan mengesan sebarang asap merentas sempadannya ke Malaysia

Mesyuarat ASEAN bersetuju untuk membangunkan dan melaksanakan kempen pendidikan dan program latihan mengenai amalan pertanian mampan, menyediakan panduan teknikal mengenai kaedah alternatif untuk pembersihan tanah.

"Ini memerlukan usaha kolektif, komitmen berterusan, dan kerjasama dalam kalangan (anggota ASEAN) petani, komuniti tempatan dan pihak berkepentingan yang berkaitan,” katanya

Menteri juga bersetuju untuk menyemak dan mengemas kini peraturan dan garis panduan sedia ada dengan tujuan menghapuskan penggunaan antimikrob dalam pengeluaran makanan secara berperingkat, kata mereka. - Reuters