WAKAF merupakan amalan yang amat digalakkan oleh Islam terhadap umatnya yang berharta agar kesenangan yang dikurniakan itu dapat dinikmati oleh golongan kurang berkemampuan.
Amalan berwakaf memberi peluang dan jaminan kepada Muslimin agar harta yang pernah dimiliki terus kekal memberi manfaat kepada pemiliknya menerusi ganjaran pahala yang diraih sama ada ketika hidup atau sesudah meninggal dunia kelak.