KL dilanda banjir kilat

Iklan
Keadaan banjir kilat di ibu negara. - Gambar FB Jabatan Penerangan KL

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di ibu negara dinaiki air susulan hujan lebat selama kira-kira sejam sekitar jam 5 petang pada Jumaat.

Jalan terjejas antaranya Jalan Chan Sow Lin, Jalan Raja Chulan, Jalan Kinabalu, Salak Expressway, Jalan Loke Yew, MRR2, Jalan Cheras, AEON Maluri, Jalan Sri Permaisuri, Yaacob Latif Tunnel dan Jalan Travers sekali gus menyebabkan gangguan lalu lintas di Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Rapid KL dalam satu kenyataan memaklumkan gangguan perkhidmatan bas turut berlaku disebabkan banjir kilat yang melanda.

Dalam hantaran berasingan tidak lama kemudian Rapid KL turut memaklumkan semua hentian bas tidak dapat dilalui malah tidak dapat melalui ke terowong Jalan Chan Sow Lin disebabkan banjir.

Iklan
Tangkap layar Facebook Rapid KL.

"Bas akan dilencongkan ke Jalan Loke Yew menghala Jalan Sungai Besi dan kembali ke laluan asal," katanya pada hantaran tersebut.

Menurutnya, hentian bas yang tidak dapat dilalui ialah LRT Chan Sow Lin, Pencetakan Nasional, Hyundai Services, Perindustrian Trisegi dan Toyota Sungai Besi.

Iklan