PRK Pelangai: 'Saya akan terus bersuara walau dimamah usia' - Tun M

Iklan
Dr Mahathir ketika berucap di pentas Ceramah Grand Finale PN di Simpang Pelangai pada Jumaat.

BENTONG - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan terus bersuara walaupun dirinya kian dimamah usia, demi agama, bangsa dan negara.

Beliau berkata, perjuangannya bukan kerana mengejar pangkat menjadi Perdana Menteri dan wang ringgit.

Iklan
Iklan

"Tapi masih boleh cakap, kita cakap la kita nak berjuangan untuk agama bangsa negara.

"Bukan untuk duit, bukan nak jadi PM (perdana menteri) Kalau nak jadi PM, saya tak letak jawatan," katanya ketika berucap di pentas Ceramah Grand Finale Perikatan Nasional (PN), di Simpang Pelangai dekat sini pada Jumaat.

Iklan

Dr Mahathir dalam ucapannya turut menyentuh tentang kenaikan harga beras yang tidak sepatutnya berlaku.

Beliau juga membangkitkan kegagalan kerajaan menangani kejatuhan nilai ringgit.

Iklan

"Janji nak turun harga semua barang, tapi sekarang harga beras naik. Ini hasil pemerintahan Anwar," katanya.

Beliau turut mengulangi dakwaan bahawa pakatan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bukan untuk kepentinhan rakyat, tetapi demi membebaskan kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.