1MDB: SPRM siasat beberapa individu disyaki rasuah, pengubahan wang haram

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat beberapa individu kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan pengubahan wang haram semasa usaha pemulihan aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh kerajaan.

Menurut sumber SPRM, seorang daripada mereka merupakan peguam didakwa menerima sejumlah wang yang dikatakan dilaburkan di dalam sebuah syarikat pelaburan tidak berlesen yang pernah diambil tindakan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2021.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pegawai SPRM telah hadir ke firma guaman terlibat pada Jumaat bagi mendapatkan dokumen berkaitan penyiasatan itu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan di bawah Akta SPRM 2009 itu serta kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Iklan

"SPRM juga menafikan kehadiran pegawainya ke premis peguam tersebut menyalahi mana-mana akta yang berkuat kuasa kerana pihaknya mematuhi peraturan serta menyedari privasi antara peguam terbabit dan klien-kliennya,” katanya. - Bernama

Iklan