Beras masih tiada di kedai, pasar raya - Syed Saddiq

Iklan
Tangkap layar video dimuat naik di Facebook Syed Saddiq.

MUAR - Bukan sahaja bekalan beras tempatan tetapi minyak masak dan gula juga didapati tiada di kedai serta pasar raya ketika Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melakukan terjahan di sekitar daerah ini.

Menerusi video berdurasi 34 minit 38 saat yang dimuat naik di laman Facebooknya, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu menjelaskan, bekalan beras yang dilaporkan menteri mencukupi didapati sebaliknya sewaktu tinjauan dilakukan.

Iklan
Iklan

Justeru, Syed Saddiq membangkitkan persoalan sama ada barang bekalan disembunyikan atau laporan atas kertas 'syok sendiri'.

"Atas kertas, dilaporkan ada 32 tan metrik beras tempatan dibekalkan ke kedai dan pasar raya di Muar.

Iklan

Menteri kata bekalan mencukupi.

Semua tempat saya pergi tak ada beras, minyak masak, gula kawalan harga.

Iklan

"Rakyat pula kata sudah satu ke dua bulan tak dapat beras, minyak peket dan gula (kawalan harga).

Saya ada senarai terkini pecahan pengagihan barang asas ke satu per satu pasar raya.

"Barang disembunyikan lepas dapat?, Laporan atas kertas"syok sendiri”?," tulisnya.

Syed Saddiq turut memberitahu, akan bertemu dengan pihak pengilang untuk melaporkan apa yang berlaku seterusnya mengetahui lebih lanjut tentang isu pembekalan.

"Kalu nak tanya, jangan tanya pemilik tetapi jumpa staf yang jaga kaunter (mereka) akan beritahu sebab mereka tahu bila terakhir dapat barang kawalan.

"Bila staf sendiri laporkan ada masalah pembekalan jelaslah ada udang disebalik batu, saya kena jumpa pengilang pula lepas ini untuk laporkan apa yang berlaku," ujarnya.