5 beranak naik motosikal dari Temerloh ke Terengganu, ibu dukung anak kecil

Iklan
Sepasang suami isteri bersama tiga anak kecil mereka mengharungi perjalanan sejauh lebih 200 kilometer dengan hanya menunggang motosikal

"TAK boleh bayang lenguh tangan mak dia dukung baby.”



Menerusi perkongsian saudara Syahmi Sarif menerusi akaun Facebooknya, menceritakan tentang sepasang suami isteri bersama tiga anak kecil mereka mengharungi perjalanan sejauh lebih 200 kilometer dengan hanya menunggang motosikal.

Iklan
Iklan

Ketika itu Syahmi menerusi perkongsiannya menerangkan secara kebetulan terserempak dengan lima beranak berkenaan ketika melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

"Selama saya naik highway ulang-alik Ajil ke AMBS setiap hari, banyak kali dah tengok motor rosak, kereta rosak.

Iklan

Menurut pemuda itu lagi, dia menawarkan diri untuk membantu dengan mahu menumpangkan dua anak mereka menaiki motosikal bersamanya.

Namun mereka menolak pelawaan daripada Syahmi.

Iklan

Nak tolong bawa anak mereka

"Saya kejar lepas tu berhenti pula di depan dia. Tanya dia okay tak? Tawar sekali lagi nak tolong bawa anak dia.

"Sekali lagi dia senyum sambil kata 'takpe bang... takpe bang.' Lepastu mereka berlalu. Dengan tengah hujan lagu, dengan lori-lori besar lalu.

"Saya tak sedap duduk rasanya. Saya follow motor dia daripada belakang takut jadi apa-apa. Sambil follow, teringat pula macam mana susah payah mak ayah saya jaga saya dulu-dulu,”

"Allahuakbar... dalam kita duk mengeluh, Dia jentik menerusi (kisah) ini. Terus datang rasa bersyukur.

"Saya doakan anak-anak abang motor ni jadi anak soleh solehah, jaga mak ayah elok-elok apabila besar nanti.

"Posting ini sebab mahu mohon anda semua doakan keluarga abang ni semoga dipermudahkan urusan,” kongsinya lagi.

Semoga dipermudahkan urusan abang sekeluarga” - Netizen

Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar keluarga abang tersebut dipermudahkan dalam mencari rezeki. - Awani.