Sultan Kedah sempurnakan pengurniaan watikah tauliah pegawai kadet ATM

Iklan
Sultan Kedah berkenan mengurniakan Anugerah Pedang Kehormat berserta piala kepada Pegawai Kadet Graduan Terbaik Lt Muda Nur Aisyah Yaacob​​​​ dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2023 di Kem Perdana Sungai Besi pada Sabtu. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2023 di Kem Perdana Sungai Besi, di sini, pada Sabtu.

Turut mengiringi keberangkatan baginda, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

Iklan
Iklan

Keberangkatan tiba baginda pada 9 pagi disambut Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob dan Panglima Tentera Darat Lt Jeneral Datuk Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.

Pada istiadat berkenaan, Sultan Sallehuddin berkenan membuat pemeriksaan barisan oleh 325 Pegawai Kadet Graduan ATM yang diketuai Pegawai Rendah Kanan Muhamad Saddiq Hussaini Rasidi.

Iklan

"Profesion ketenteraan adalah satu kerjaya yang mulia... Kerjaya ini memerlukan pengorbanan, komitmen dan disiplin yang tinggi, serta kesungguhan individu untuk kekal bersedia, bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman.

"Sebagai pegawai tentera yang telah dilengkapi dengan ilmu ikhtisas dan kemahiran asas ketenteraan, beta percaya bahawa saudara dan saudari, pasti berkemampuan untuk melaksanakan amanah, dan tanggungjawab yang dijunjung," titah baginda.

Pegawai-pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet ATM 2023. - Foto Bernama

Iklan

Sultan Sallehuddin dalam titah baginda turut yakin dengan kemampuan graduan menggalas tanggungjawab menghadapi sebarang ancaman tradisional, hibrid dan berdasarkan latar belakang pendidikan dan keperibadian mereka.

Baginda turut berharap graduan meningkatkan tahap profesionalisme sebagai pegawai ATM yang kredibil, versatil dan disegani.

"Sentiasa berusaha untuk menimba, ilmu ketenteraan mahupun akademik kerana ilmu itu akan membina keyakinan diri kita...sentiasa berpegang teguh, kepada agama dan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat," titah baginda.

Seramai 325 Pegawai Kadet ditauliahkan hari ini terdiri daripada 221 Pegawai Kadet Graduan Tentera Darat Malaysia (TDM), 46 Pegawai Kadet Graduan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 58 Pegawai Kadet Graduan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Baginda turut berkenan mengurniakan Anugerah Pedang Kehormat berserta Piala kepada tiga pegawai kadet graduan terbaik bagi setiap perkhidmatan ATM iaitu Lt Muda Muhammad Saddiq Hussaini Rasidi ​(TDM), Lt Muda Muhammad Danish Haiqal Abdul Nasir​ (TLDM) dan Lt Muda Nur Aisyah Yaacob (TUDM). - Bernama