BENTONG - Sebanyak 32 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 11 pagi tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kesemua sembilan pusat mengundi dengan 30 saluran dibuka pada 8 pagi tadi bagi membolehkan 16,383 pengundi berdaftar melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu hari ini.