BANDARAYA MEXICO - Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh apabila bas yang membawa migran, kebanyakannya warga Venezuela terbalik di lebuh raya di selatan Mexico pada pagi Jumaat, menurut pihak berkuasa.
Kemalangan berlaku kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan, di lebuh raya yang menghubungkan Oaxaca dan Puebla, menurut pusat penyelarasan perlindungan awam Oaxaca.
Iklan
Iklan
Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh manakala 25 yang cedera sedang dirawat di hospital, Xinhua memetik laporan awal.
Pihak berkuasa menutup sebahagian jalan di kedua-dua arah.
Bas penumpang itu dilaporkan membawa 55 pendatang.
"Kakitangan kerajaan kami sudah memberikan sokongan kepada mereka yang terjejas," kata Gabenor Oaxaca Salomon Jara di platform media sosial X, yang dahulu dikenali sebagai Twitter. - Bernama-Xinhua