KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran pegawai kanannya berkuat kuasa pada 17 Jun depan.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran terbabit didahului Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.