Presiden Cuepacs terima PhD dalam bidang pengurusan perniagaan

Iklan
Adnan dianugerahkan PhD Pengurusan Perniagaan pada Majlis Konvokesyen AeU Ke-12 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Sabtu.

SHAH ALAM - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Dr Adnan Mat dianugerahkan Ijazah Kedoktoran (PhD) Pengurusan Perniagaan pada Majlis Konvokesyen Universiti Asia-e (AeU) Ke-12 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Sabtu.

Menurut Adnan, penganugerahan PhD tersebut memberikan pengalaman yang berharga dan berguna kepada beliau apatah lagi dengan kekangan yang dihadapi daripada segi mengimbangi komitmen sebagai penjawat awam dan tugasan lain.

Iklan
Iklan

"Peluang keemasan yang saya peroleh untuk melanjutkan pengajian di peringkat PhD melalui Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Terdahulu (APEL) AeU digunakan sebaik mungkin walaupun sibuk dengan kekangan kerja seharian.

"APEL merupakan proses berstruktur yang direka untuk menilai dan mengesahkan pembelajaran pengalaman terdahulu individu merangkumi spektrum pengetahuan, kemahiran dan sikap," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Jelas beliau, penilaian komprehensif APEL turut mengukur sejauh mana beliau telah mencapai hasil pembelajaran yang diperlukan untuk kemasukan program atau kelayakan akademik.

"Inisiatif APEL AeU menonjol sebagai peluang tersendiri terutama bagi dirinya untuk mengumpul pengalaman pembelajaran formal dan tidak formal yang berharga.

Iklan

"Peluang ini membolehkan saya mendapat pengiktirafan yang sewajarnya dalam menawarkan laluan kepada kelayakan akademik dengan kredit berdasarkan kepada kepelbagaian pengalaman kerja," katanya.

Tambah Adnan, perkara yang memotivasikan beliau untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi adalah untuk memberikan keyakinan kepadanya bagi memberikan khidmat bakti kepada penjawat awam dan negara.

"Saya harap kejayaan ini mampu memberi inspirasi kepada golongan penjawat awam untuk terus menimba ilmu tanpa mengira usia dan meningkatkan kemajuan diri bagi membolehkan kualiti perkhidmatan awam sering berdaya saing dari semasa ke semasa,” katanya.