Bantal angin 'maksiat' dirampas

Iklan
Tular di laman sosial, Facebook mengenai bantal angin yang digunakan untuk melakukan perbuatan tidak bermoral di Oantai Klebang.

MELAKA TENGAH - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil tindakan drastik merampas 25 bantal angin yang digunakan di Pantai Klebang.

Datuk Bandar MBMB, Mansor Sudin berkata, tindakan itu dibuat selepas menerima aduan apabila bantal itu digunakan untuk aktiviti tidak bermoral oleh pasangan anak muda pada waktu malam.

Iklan
Iklan

"Kita tidak melarang jika pengunjung mahu menggunakan bantal tersebut untuk berehat dan melihat pemandangan matahari terbenam, sekitar jam 6 petang atau 7 malam.

"Tetapi jika ia digunakan bagi melakukan perbuatan tidak bermoral dan mengundang kepada maksiat lebih-lebih lagi di bulan Ramadan, kita ambil tindakan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, dua operator yang mengendalikan sewaan bantal angin itu turut dikenakan kompaun kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen.

"Dalam masa sama Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan MBMB akan menilai semula pelesenan perniagaan mengikut keperluan," katanya.

Iklan

Sebelum ini aktiviti bantal angin atau digelar bantal cahaya itu tular selepas sebuah laman sosial memuat naik beberapa keping gambar pasangan muda Melayu belum berkahwin dicekup duduk berdua-duaan di atas bantal angin pada waktu malam di Pantai Klebang yang mengundang kemarahan netizen.

Difahamkan, bantal angin itu disewakan pada kadar RM10 seunit untuk digunakan dalam tempoh sejam.