Dua peserta Ironman Langkawi hampir lemas

Iklan
Salah seorang daripada dua peserta kejohanan triathlon Ironman Langkawi yang diselamatkan selepas dipercayai mengalami masalah kesihatan ketika berlangsungnya cabaran itu, pagi tadi.

LANGKAWI - Dua peserta kejohanan triathlon, Ironman Langkawi Malaysia di sini terpaksa diberi bantuan kecemasan selepas dipercayai mengalami masalah kesihatan ketika berlangsungnya cabaran itu, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata ketika kejadian, peserta sedang melakukan disiplin renang di Pantai Kok, di sini.

Iklan
Iklan

"Seorang peserta wanita berusia 44 tahun dipercayai mengalami masalah kesihatan dan terpaksa menerima bantuan daripada petugas keselamatan pantai lalu dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha.

"Keadaan peserta wanita itu dilaporkan tidak sedarkan diri dan masih menerima rawatan.

"Seorang lagi peserta lelaki turut mengalami masalah kesihatan dan dibantu pasukan perubatan di tepi pantai namun dibenarkan pulang selepas dia kembali pulih,” katanya ketika dihubungi, di sini pada Sabtu.

Iklan

Shariman berkata, seorang lelaki yang dipercayai penonton mengalami kecederaan di kepala kerana dipercayai terjatuh daripada kawasan tinggi ketika menyaksikan acara Ironman berlangsung.

Lelaki itu bagaimanapun telah menerima rawatan dan dibenarkan pulang.

Iklan

Katanya, seramai 120 pegawai dan anggota ditugaskan sepanjang acara berlangsung bagi memastikan keselamatan peserta dan penonton.

Sementara itu, Shariman menasihati orang awam supaya jangan menimbulkan sebarang spekulasi dan mendapatkan laporan yang sahih sebelum menyebarkan sesuatu kejadian.