Briged RelaSIS sasar 10 peratus peningkatan penyertaan pelajar IPT

Iklan
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Ruji Ubi (tiga dari kiri) menyampaikan replika cek Insentif Pendaftaran Pelajar (IPP) kepada wakil institusi pengajian tinggi sempena Majlis Pentauliahan Briged Rela Siswa Siswi (RelaSIS) 2023 di Akademi Latihan RELA Malaysia (ALARM) Sungai Udang pada Sabtu. Hadir sama Yahya (kiri). - Foto Bernama

ALOR GAJAH - Jabatan SukaRelawan Malaysia (Rela) menyasarkan peningkatan sebanyak 10 peratus penyertaan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam Briged Rela Siswa Siswi (RelaSIS) di seluruh negara pada tahun depan.

Ketua Pesuruhjaya Rela, Datuk Yahya Sulaiman berkata, pada awal penubuhannya pada 2010 di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), RelaSIS telah menarik minat seramai 378 pelajar dan setakat tahun ini seramai 2,276 orang berjaya ditauliahkan dengan penglibatan 28 IPT.

Iklan
Iklan

"Penubuhan Briged RelaSIS telah mewujudkan banyak pilihan kepada pelajar untuk menyertai aktiviti kokurikulum selain dapat menyemai semangat kesukaRelawan, menerapkan nilai-nilai murni serta membina jati diri dalam kalangan generasi muda.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Pentauliahan Briged RelaSIS 2023 yang disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ruji Ubi di Akademi Latihan Rela Malaysia (ALARM) Sungai Udang di sini pada Sabtu.

Iklan

Pada majlis itu, seramai 93 pelatih Briged RelaSIS dari tiga universiti awam dan lima politeknik seluruh negara ditauliahkan watikah Pegawai SukaRelawan Muda berpangkat Penolong Penguasa Kanan Rela melibatkan 41 pelatih peringkat Ijazah Sarjana Muda dan 52 pelatih Diploma.

Mengulas lanjut, Yahya berkata kesemua pelajar berkenaan berjaya menamatkan lima siri kursus melalui modul dan sukatan pelajaran RelaSIS IPT dan Rela amat komited dalam usaha menyumbang kepada pembangunan kemajuan modal insan.

Iklan

"Modul-modul latihan yang berbentuk memperkasakan kemahiran insani, ketahanan mental dan fizikal, semangat cintakan negara, memupuk jati diri, semangat kerjasama berpasukan serta semangat kesukaRelawan yang tinggi adalah antara elemen yang diterapkan kepada setiap pelatih,” katanya. - Bernama