Lelaki ditahan rogol anak tiri

Iklan
Mohd Yusri

GERIK - Seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan polis pada Khamis selepas disyaki merogol anak tirinya yang berusia 11 tahun sejak tiga tahun lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, penahanan itu dibuat selepas menerima laporan daripada pelajar sekolah rendah itu sekitar jam 12.30 tengah hari.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, kanak-kanak perempuan itu dilaporkan dirogol suspek sejak berusia sembilan tahun dan kali terakhir berlaku di sebuah pondok dalam kawasan kebun di Air Ganda di sini, Selasa lalu.

"Mangsa telah pun dibawa untuk pemeriksaan oleh doktor pakar kanak-kanak di Hospital Taiping.

Iklan

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua kesan koyakan lama pada bahagian kemaluan kanak-kanak tersebut," katanya di sini pada Sabtu.

Mohd Yusri berkata, suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga Khamis depan untuk siasatan lanjut.

Iklan

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 3) Kanun Keseksaan kerana merogol.

"Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan," katanya.