PRK Pelangai: 65 peratus keluar mengundi setakat 3 petang

Iklan
Peratusan keluar mengundi bagi PRK DUN Pelangai mencatatkan 65 peratus setakat 3 petang tadi. - Foto Bernama

BENTONG - Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai mencatatkan 65 peratus setakat 3 petang tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses pengundian di sembilan pusat mengundi masih berjalan dalam keadaan cuaca yang baik dan pusat pengundian akan ditutup pada 6 petang ini.

Iklan
Iklan

Jumlah keseluruhan pengundi di DUN itu ialah 16,456 orang, dengan SPR telah mengeluarkan 73 kertas undi pos termasuk kepada 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh semalam menjangkakan peratusan keluar mengundi hari ini mencecah 75 peratus dengan keputusan dijangka diketahui pada 9 malam ini.

Iklan

PRK DUN Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli. - Bernama

Iklan