Puisi berpotensi tarik pelancong ke Tanjung Piai

Iklan
Jefridin (tiga dari kanan) menyampaikan anugerah Aspirasi Sastera kepada Mohd Rosli Bakir (kiri) sempena Festival Puisi Tradisional Penghujung Selatan Benua Asia, di Tanjung Piai pada Sabtu.

PONTIAN – Program puisi melibatkan penulis boleh dijadikan platform untuk menarik kedatangan pelancong ke Tanjung Piai yang terkenal sebagai 'Penghujung Selatan Benua Asia'.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Datuk Jefridin Atan berkata, sudah tiba masanya puisi diangkat ke tahap lebih tinggi.

Iklan
Iklan

"Umum mengetahui mengenai tentang 'Penghujung Selatan Benua Asia’ di Tanjung Piai, yang dikenali dalam sektor pelancongan tetapi kurang digambarkan dalam bentuk penulisan.

"Dengan menggabungkan antara alam dan kemanusian akan melahirkan hasil karya yang menarik dan mempunyai pengertian yang besar kepada Tanjung Piai," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika merasmikan Festival Puisi Tradisional Penghujung Selatan Benua Asia ( Putrasia 2023 ) di Tanjung Piai Resort di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua Satu Persatuan Penulis Johor (PPJ), Amiruddin Md Ali Hanafiah dan Pengarah DPB Wilayah Selatan, Mohd Riduan Wahab

Iklan

Program tersebut dianjurkan PPJ dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DPB) Wilayah Selatan.

Tambah Jefridin, kerajaan sentiasa menghargai peranan penulis yang telah menghasilkan karya-karya berkualiti bagi masyarakat seterusnya memupuk nilai- nilai murni.

"Ramai-ramai tokoh penulis terbabit dalam puisi, syair, gurindam, cerpen dan novel telah menjadi idola dan seterusnya melahirkan penulis muda bagi menyambung legasi mereka.

"Usaha yang dilakukan oleh PPJ amat bertepatan sebagai untuk melahirkan penulis dan membantu mempromosikan Tanjung Piai sebagai lokasi pelancongan," katanya.

Sempena majlis tersebut, buku antologi puisi tradisonal Gurindam Sukma Bangsa yang diterbitkan oleh PPJ dan MOTAC dilancarkan.