KUALA LUMPUR - Empat kawasan di Johor dan satu di Negeri Sembilan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 4 petang ini, berbanding hanya tiga kawasan di Johor, jam 9 pagi tadi.
Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU tertinggi dicatat di Johor adalah di Larkin iaitu 160 diikuti Pasir Gudang (156), Batu Pahat (153) dan Kota Tinggi (123), manakala Nilai, Negeri Sembilan (105).