Hamas isytihar serangan terbesar, bedil 5,000 peluru berpandu ke atas Israel

Iklan
Ketua Angkatan Tentera Penentang dan Briged Al-Qassam, , Muhammad Al-Deif mengisytiharkan serangan balas terhadap penceroboh Israel di Palestin. - Gambar fail/Reuters

KUALA LUMPUR - Pejuang pembebasan Al-Quds dan Briged Al-Qassam Hamas mengisytiharkan serangan balas terhadap pencerobohan rejim Israel di Palestin.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Angkatan Tentera Penentang dan Briged Al-Qassam, Muhammad Al-Deif berkata, Israel tidak mengendahkan amaran yang telah diberikan, sehingga mencemar kesucian Masjid Al-Aqsa dan membunuh ratusan warga Palestin.

Iklan
Iklan

"Kami telah memberi amaran kepada pihak Israel sebelum ini.

Mereka menyerang Morabitun (Jawatankuasa Penjaga al-Aqsa) dan penjaga-penjaga Masjid al-Aqsa, dan kami telah beri amaran supaya mereka hentikan tindakan itu.

Iklan

Israel berani mencemarkan kesucian Masjid al-Aqsa.

"Ratusan warga Palestin cedera dan mati syahid tahun ini akibat jenayah yang dilakukan oleh penceroboh Israel.

Iklan

"Pada masa yang sama, jenayah oleh penceroboh itu berterusan dengan melancarkan pengepungan ke atas Semenanjung Gaza," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kumpulan pembebasan Palestin membuat keputusan untuk menoktahkan segala jenayah yang dilakukan oleh penceroboh Israel, dan mengumumkan bermulanya operasi Al-Aqsa (Operation Al-Aqsa Flood).

Operasi tersebut akan menyasarkan lapangan terbang dan kubu tentera, dengan menggunakan lebih 5,000 peluru berpandu.

Muhammad Al-Deif turut menyeru semua pejuang pembebasan untuk melancarkan serangan ke atas pendudukan Israel dengan apa cara dan peralatan yang ada, sekali gus menamatkan koordinasi keselamatan dengan pihak Israel.

Ujarnya, rakyat al-Quds perlu bangkit menyokong Masjid Al-Aqsa dengan mengusir tentera penceroboh dan pendudukan haram dari Al-Quds dan memusnahkan tembok-tembok pemisah.

"Kepada rakyat al-Quds. bangkitlah menyokong Masjid Al-Aqsa.

Usir angkatan penceroboh dan pendudukan haram dari Al-Quds. Musnahkan tembok-tembok pemisah.

"Kepada penduduk di kawasan diceroboh, nyalakan api di kaki penceroboh dan biar musuh faham bahawa operasi al-Aqsa lebih besar daripada apa yang mereka jangkakan.

"Hari ini, semua orang yang ada senjata perlu keluarkannya.

Ini masa untuk mengangkat senjata.

Setiap daripada kami perlu keluarkan trak, kereta atau kapak.

Hari ini, sejarah membuka lembaran yang paling cerah dan mulia," katanya lagi.

Muhammad Al-Deif berkata, Inilah masanya untuk semua warga Arab dan kekuatan Islam bersatu, mengusir penceroboh dari tanah suci dan tanahair Palestin.

"Kepada umat Arab dan Islam, beraraklah ke Palestin dan jangan biarkan sempadan, peraturan atau sekatan menghalang anda daripada mengecapi kemulian berjihad dan menyertai pembebasan Al-Aqsa," katanya lagi.

Beliau turut menyifatkan operasi ini sebagai yang terakhir kepada sebuah revolusi dan pengakhiran kepada pencerobohan oleh rejim Zionis. - Awani