JAGUH ekuestrian negara, Mohd Qabil Ambak Mahamd Fathil memberi bayangan bakal mengucapkan selamat tinggal kepada sukan itu selepas berjaya melunaskan impiannya merangkul pingat emas dressage individu di Sukan Asia Hangzhou 2022.
Atlet berusia 43 tahun itu mengakui telah ‘penat’ mengerah keringat demi negara buat sekian lama selain mengambil kira faktor usia yang semakin meningkat dan mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.
"Saya sudah enam kali sertai Sukan Asia dan akhirnya selepas lama menanti saya menang emas. Terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak beri sokongan dan dorongan sejak umur 10 tahun lagi tanpa mengira wang ringgit. Tanpa mereka, ini semua tidak terjadi,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini dari Hangzhou pada Sabtu.

Mohd Qabil Ambak (empat, kiri) bergambar sejurus tiba di KLIA Terminal 1 pada Sabtu.- Foto: Bernama