RMK12: PDRM mohon peruntukan RM5.1 bilion

Iklan
Tan Sri Razarudin Husain.

BENTONG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon peruntukan sebanyak RM5.1 bilion dalam rancangan boleh pinda keempat Rancangan Malaysia Ke-12 antaranya bagi pelaksanaan 81 projek di bawah agensi keselamatan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, peruntukan itu melibatkan 21 projek di ibu pejabat polis daerah dan ibu pejabat polis kontinjen di seluruh negara manakala selebihnya iaitu 60 projek membabitkan aset-aset seperti bot dan lain-lain kenderaan.

Iklan
Iklan

"Ini semua termasuk sistem perhubungan, (peralatan) teknologi dan pembaikan kediaman. Kita telah menghantar permohonan peruntukan.. (dan) ini yang kita harapkan untuk rancangan boleh pinda RMK12 ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke Markas Taktikal (MARTEK) sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai di Balai Polis Karak, di sini pada Sabtu.

Iklan

PRK DUN Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli.

PRK Pelangai merupakan PRK keempat diadakan selepas PRU15 pada 19 November lepas, selepas PRK Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos lepas serta PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang diadakan serentak pada 9 September. - Bernama

Iklan