Lebih 100 mayat reput ditemui di rumah pengurusan mayat

Iklan
Gambar hiasan

LOS ANGELES - Sebuah rumah pengurusan mayat di Colorado, Amerika Syarikat disiasat selepas lebih 100 mayat reput ditemui di kemudahan itu, menurut pihak berkuasa tempatan pada Jumaat.

Mayat terbabit dijumpai pada Rabu di Rumah Pengebumian Return to Nature di Penrose, sebuah bandar di Fremont County.

Iklan
Iklan

Polis menyiasat kemudahan pengebumian"hijau" itu dan menemui sekurang-kurangnya 115 mayat reput di dalamnya, lapor Xinhua.

"Terdapat banyak persoalan dan kebimbangan yang diutarakan oleh masyarakat, terutama keluarga yang memberi kepercayaan menyerahkan mereka tersayang untuk diuruskan oleh rumah pengebumian ini," katanya.

Iklan

Koroner Daerah Fremont Randy Keller berkata, kecemasan bencana telah diisytiharkan di daerah itu.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini, tetapi Keller berkata, siasatan masih di peringkat awal dan akan menjadi proses yang sangat panjang.

Iklan

Gabenor Colorado Jared Polis mengeluarkan pengisytiharan bencana kecemasan malam Khamis untuk menyediakan"sumber untuk menyokong siasatan dan pembersihan kemudahan".

Return to Nature Funeral Home telah beroperasi sejak tiga generasi.- Bernama