KUALA LUMPUR - Presiden Turki, Recep Tayyep Erdogan menyeru kedua-dua pihak Israel dan Palestin untuk tidak bertindak dengan terburu-buru supaya situasi tidak menjadi lebih buruk susulan serangan balas Hamas pada pagi Sabtu ekoran pencerobohan rejim Israel di Palestin.
Media antarabangsa Al-Jazeera melaporkan, Erdogan turut menggesa supaya jangan ada pihak melakukan sebarang tindakan yang dikhuatiri boleh mencemar atau merosakkan infrastruktur dan status kesucian Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.
Selain itu, Kementerian Luar Mesir juga telah mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan buruk yang mungkin timbul susulan ketegangan yang semakin meningkat di Sempadan Gaza itu.
ARTIKEL BERKAITAN:Hamas isytihar serangan terbesar, bedil 5,000 peluru berpandu ke atas Israel
ARTIKEL BERKAITAN: 6 terbunuh, ratusan tercedera dalam serangan balas Hamas, Al-Qassam ke atas Israel
ARTIKEL BERKAITAN: 'Ini bukan sebarang operasi, ini peperangan' - Netanyahu
ARTIKEL BERKAITAN: Hamas isytihar perang mengejut
Penasihat kepada Pemimpin Umum Iran, Ali Khamenei pula mengucapkan tahniah kepada Pejuang Hamas dan Briged Al-Qassam kerana melancarkan serangan terbesar dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
"Kami mengucapkan tahniah kepada pejuang Palestin,” kata Rahim Safavi, yang seterusnya berikrar akan terus menyokong kumpulan tersebut sehingga Palestin dan Baitulmaqdis mencapai kemerdekaan.
Kerajaan Mesir juga menyeru agar pihak berkuasa mengenakan sekatan maksimum, dan mengelak orang awam daripada terdedah kepada bahaya selanjutnya.
Dalam pada itu media antarabangsa turut melaporkan Kementerian Kesihatan Israel sebagai berkata, setakat jam 6.30 petang (waktu Malaysia) pada Sabtu, 22 warga Yahudi telah terbunuh, manakala 545 lagi telah ditempatkan di hospital. - Awani