Perang Palestin-Israel dominasi platform media sosial

Iklan
Isu perang Palestin-Israel mendominasi platform media sosial pada Sabtu. - Foto AP

KUALA LUMPUR - Tatkala masyarakat sivil memantau peperangan di antara Palestin dan Israel, kesemua platform media sosial turut dibanjiri dengan laporan-laporan media tempatan dan antarabangsa serta reaksi pelbagai pihak.

Tinjauan di X, mendapati kata kunci 'Israel' merupakan kata kunci tertinggi digunakan dengan 1.51 juta hantaran setakat 7 petang.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:Hamas isytihar serangan terbesar, bedil 5,000 peluru berpandu ke atas Israel

ARTIKEL BERKAITAN: 6 terbunuh, ratusan tercedera dalam serangan balas Hamas, Al-Qassam ke atas Israel

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: 'Ini bukan sebarang operasi, ini peperangan' - Netanyahu

Carta trending tersebut diikuti oleh kata kunci 'Hamas' (775,000 hantaran), 'Gaza' (655,000), dan 'Palestin' (371,000).

Iklan

Di platform Instagram, laporan berita antarabangsa turut mendapat tumpuan dengan tanda pagar yang menandakan solidariti untuk rakyat di kedua-dua negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Hamas isytihar perang mengejut

ARTIKEL BERKAITAN:Erdogan gesa Israel, Palestin tidak burukkan lagi keadaan

ARTIKEL BERKAITAN:Rakyat Palestin mahu pertahan diri dari penindasan, puak ekstrem - Hamas

Perkongsian adalah berkaitan perkembangan semasa yang berlaku di Israel-Palestin, yang disertakan dengan visual gambar dan video.

Ia diikuti dengan pelbagai reaksi terhadap situasi yang berlaku di rantau berkenaan. Ramai yang berharap keadaan dapat dikawal bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Puak Hamas, pada Sabtu melancarkan Operasi al-Aqsa sebagai tindak balas terhadap penindasan dan keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis sejak beberapa bulan alu.

Selain serangan kira-kira 5,000 peluru berpandu yang dilancarkan, media antarabangsa melaporkan pejuang Palestin juga telah berjaya membolos Sempadan Gaza, yang terletak di Selatan Israel, dengan visual menunjukkan beberapa tentera Israel yang tercedera telah ditahan. - Awani