BENTONG - Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam mendahului dengan 6,533 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negari (DUN) Pelangai setakat jam 7.40 petang ini.
Dalam keputusan yang dipaparkan di pusat gerakan BN di Simpang Pelangai mendapati Amizar meninggalkan calon Perikatan Nasional (PN), Kassim Samat yang meraih 3,747 undi.