BEIRUT - Gerakan Hizbullah berpusat di Lubnan pada Sabtu dengan lantang menyokong operasi ketenteraan yang dilancarkan Hamas ke atas Israel.
"Ia merupakan mesej jelas kepada komuniti antarabangsa khususnya negara Arab dan Muslim yang mahu menormalkan hubungan dengan rejim Tel Aviv.
Iklan
Iklan
"Israel perlu mengambil pengajaran terhadap kebangkitan gerakan penentangan Palestin ini," ujarnya yang akan terus mengikuti perkembangan konflik terbaharu itu.
Pada 2006, Hizbullah dan Israel pernah terlibat peperangan selama 34 hari yang turut menyebabkan lebih 1,200 kematian di Beirut.
Ketika ini, kebanyakan negara Barat seperti Jerman, Perancis dan Itali bertindak mengecam tindakan berani mati Hamas kerana 'menjolok sarang tebuan' malah kritikan sama juga disuarakan sekutu kuat Israel iaitu Amerika Syarikat (AS).
Rusia dalam satu kenyataan bagaimanapun menggesa kedua-dua pihak bertelagah supaya bertenang dan mencari jalan penyelesaian untuk meredakan ketegangan tersebut.
"Moscow sudah menghubungi pihak terlibat. Kami enggan krisis ini menjadi lebih buruk," ujar Timbalan Menteri Luar, Mikhail Bogdanov. - AFP