Lelaki hilang selepas COD iPhone selamat pulang

Iklan
Perkongsian seorang wanita di Instagram @lameraheyra yang memaklumkan Muhammad Daniel Haikal sudah pulang dalam keadaan selamat.

GEORGE TOWN - Seorang lelaki yang dikhuatiri hilang sejak 3 Oktober lalu selepas menjalankan urusan penjualan telefon bimbit dengan pelanggan yang tidak dikenali di Pulau Pinang dilaporkan telah pulang ke rumahnya.

Perkara itu disahkan ibu saudaranya melalui Instagram @lameraheyra yang memaklumkan Muhammad Daniel Haikal, 27, kembali dalam keadaan selamat.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun wanita itu memaklumkan muka dan badan anak saudaranya itu dalam keadaan teruk selain masih trauma dengan apa yang berlaku.

Wanita itu turut berkongsi tangkap layar kenyataan dipercayai ibu kepada Muhammad Daniel yang mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu dan mengambil berat mengenai keadaan anaknya.

Iklan

"Alhamdulillah anak saya Muhammad Daniel telah selamat sampai ke rumah dengan selamat...Terima kasih kepada abang lori yang selamatkan anak saya.

"Kepada yang tak berhenti mendoakan anak saya, terima kasih banyak-banyak semoga ALLAH membalas jasa semua yang membantu saya untuk menularkan kes kehilangan anak saya," tulis ibu Muhammad Daniel.

Iklan

Pada Jumaat Sinar Harian melaporkan seorang lelaki didakwa tidak pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur sejak 3 Oktober lalu selepas membuat urusan penjualan telefon dengan pelanggan yang tidak dikenalinya.

Muhammad Daniel Haikal yang berusia 27 tahun dikatakan kali terakhir dikesan berada di negeri ini.

Menurut hantaran Instagram ibu saudaranya, Eyraswan, Muhammad Daniel sempat membuat panggilan video dengan tunangnya untuk meminta tolong sambil berlari dan menangis.

Susulan daripada itu, semakan rekod log aktiviti mendapati, lelaki tersebut membuat panggilan video berkenaan di George Town.