IPOH - Polis menyiasat isu tular di media sosial berkenaan dakwaan seorang wanita diperlekeh anggota pasukan keselamatan itu ketika membuat laporan di Ipoh, tengah malam Sabtu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya memandang serius aduan itu dan amat menghargai maklum balas diberikan orang awam berkenaan mutu perkhidmatan kaunter aduan balai polis.