Bangunan, kuartes BBP Simpang Pertang terjejas akibat ribut

Iklan
Sebahagian bumbung bangunan Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang rosa akibat ribut pada Sabtu.

SEREMBAN - Sebahagian bumbung bangunan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pertang, Jelebu, dekat sini, mengalami kerosakan akibat ribut petang Sabtu.

Ketua Balai Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Hazim Asriq Hasbullah berkata, terdapat juga beberapa kerosakan di tingkat tiga bangunan itu serta hose tower balai selain bumbung di empat kuarters kawasan berkenaan turut terjejas dalam kejadian pada jam 4.40 petang itu.

Iklan
Iklan

"Bumbung dan siling diterbangkan sejauh 30 meter ke bawah balai. Ketika kejadian, anggota turut berada dalam balai berkenaan.

"Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dan ini merupakan kejadian pertama terjadi di balai ini,” katanya dalam kenyataan di sini malam Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, kerja pembersihan sisa akibat bencana itu sedang dilakukan dan jumlah kerugian masih dalam penilaian. - Bernama

Iklan