Deposit Simpan SSPN cecah RM15.81 bilion

Iklan
Norliza (dua dari kanan), Ahmad Dasuki (tiga dari kiri) dan Dr Apli (dua dari kiri) sewaktu Majlis Pelancaran BMS 2023 Peringkat Zon Timur di Kuala Terengganu pada Sabtu.

SHAH ALAM - Deposit Simpan Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang diterima Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 31 Ogos tahun ini berjumlah RM15.81 bilion, dengan 6.04 juta akaun.

Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, di Terengganu sahaja, jumlahnya sebanyak RM275.11 juta dengan 300,786 akaun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, prestasi itu membuktikan Simpan SSPN terus cemerlang sebagai produk simpanan terbaik pilihan ibu bapa.

"Kita menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, dividen yang kompetitif, Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak, patuh syariah dan simpanan dijamin kerajaan.

Iklan

"Pelbagai kempen dan promosi turut dipergiat bagi menyemarakkan lagi amalan penabungan, antaranya dengan mengadakan Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023.

"PTPTN juga akan terus komited untuk meningkatkan kesedaran masyarakat agar terus menabung di dalam Simpan SSPN bagi mengelakkan kebergantungan kepada pinjaman. Kita yakin, usaha ini akan disokong oleh semua pihak bagi merealisasikan visi PTPTN sebagai peneraju tabung pendidikan tinggi negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan
Norliza (tengah, duduk) bergambar bersama pengunjung Jelajah BMS 2023 Peringkat Zon Timur.

PTPTN juga melancarkan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 Peringkat Zon Timur bersempena dengan Sambutan Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun, bertempat di Centre Atrium KTCC, Kuala Terengganu.

Turut hadir, Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid; bekas Pengerusi PTPTN, Dr Apli Yusoff dan Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Terengganu, Azizah Nasik.

Selain Terengganu, BMS 2023 Zon Timur turut diadakan serentak di dua lokasi lain iaitu di Mydin Tunjong Hypermarket, Kota Bharu, Kelantan dan Kuantan City Mall, Pahang.

Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 membawa kelainan dari tahun sebelumnya apabila buat julung kalinya dilaksanakan menerusi konsep jelajah merentasi 14 negeri di lokasi terpilih seluruh Malaysia sepanjang bulan Oktober ini.

Pemenang Pertandingan Mewarna Simpan SSPN bergambar bersama Norliza.

Tambah Norliza, BMS 2023 bertemakan Robotik: Ke Arah Transformasi Dunia Pendigitalan adalah signifikan kerana sains dan teknologi robot berkait rapat dengan kemajuan dan memerlukan pengetahuan tentang teknologi terkini.

"Ini selari dengan agenda pendigitalan PTPTN yang memberi fokus kepada usaha menggalakkan penggunaan aplikasi myPTPTN kepada para peminjam dan pendeposit Simpan SSPN untuk urusan yang lebih mudah, cepat dan selamat.

"Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk disertai oleh ibu bapa dan anak-anak antaranya Pertandingan Mewarna Simpan SSPN, Simpan SSPN Got Talent, Rekacipta Model Robotik dan Family Jenga. Bagi memeriahkan lagi BMS 2023, Cabutan BMS 2023 diteruskan pada tahun ini dengan hadiah wang tunai berjumlah RM75,000 kepada seramai 66 pemenang.

"Jelajah BMS SSPN 2023 Peringkat Zon Timur yang dilancarkan hari ini membuktikan komitmen PTPTN dalam menyebarluaskan manfaat dan keistimewaan Simpan SSPN kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang,” ujar beliau.