Palestin terus bermandi darah, Israel mengganas

Iklan
Api dan asap berkepul di atas bangunan semasa serangan udara Israel di Semenanjung Gaza. Foto AFP

SEMPADAN GAZA - Palestin terus bermandi darah dengan keganasan Israel semalaman mengorbankan lebih banyak rakyat Palestin.

Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan, hampir 1,000 lagi cedera dalam serangan udara Israel di semenanjung Gaza.

Iklan
Iklan

Israel dihujani serangan roket yang tidak pernah berlaku sebelum ini dari semenanjung Gaza.

Tentera Israel mendakwa, kumpulan Palestin melancarkan lebih 2,000 roket dan berpuluh-puluh pejuang Palestin menyusup ke kawasan sempadan di selatan Israel.

Iklan

Sejak itu tentera Israel telah melakukan 'pembersihan' di kawasan yang berpenduduk Palestin.

Dalam pada itu, sayap tentera kumpulan Palestin Hamas mengumumkan Operasi Banjir Al-Aqsa terhadap Israel.

Iklan

Hamas mendakwa telah menawan lebih 35 askar dan pendatang Israel.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pula mengumumkan pelancaran Operasi Pedang Besi terhadap Hamas di semenanjung Gaza.

Dalam menangani situasi terbaharu konflik Israel-Palestin, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menerusi ucapannya berkata Israel kini sedang berperang.

Malah, katanya beliau sudah mengarahkan pengerahan rizab sepenuhnya untuk tujuan tersebut.

Presiden Palestin Mahmoud Abbas, dalam mesyuarat tergempar dengan beberapa pegawai pula menekankan hak rakyat Palestin untuk mempertahankan diri daripada tentera dan pendatang Israel.

Sekurang-kurangnya 40 rakyat Israel telah terbunuh dalam serangan besar-besaran ini.

Media melaporkan bahawa ramai pejuang Palestin juga berjaya menyeberangi sempadan.

Berpuluh-puluh jet pejuang Israel telah menyasarkan kemudahan tentera di semenanjung Gaza.- Awani