DC United, Rooney berpisah

Iklan
Wayne Rooney

DC United dan pengendali Wayne Rooney bersetuju untuk berpisah, kata kelab Liga Bolasepak Utama (MLS) Amerika Syarikat tersebut.

Bekas penyerang England dan Manchester United berusia 37 tahun itu beraksi bersama DC United antara 2018-19 sebelum mengambil alih kebab Washington itu pada Julai 2022.

Iklan
Iklan

DC United terlepas playoff Piala MLS untuk tahun keempat berturut-turut walaupun menang 2-0 dalam perlawanan akhir musim menentang New York City FC menamatkan dengan 40 mata.

Selepas perlawanan itu, bekas pengendali kelab Inggeris tahap ketiga itu berkata, dia telah melakukan segala-galanya untuk membawa DC United ke saingan playoff.

Iklan

"Keputusan ini akan mewujudkan ruang kepada pengurus besar kami yang untuk menyampaikan falsafah dan struktur baharu operasi kelab yang bermula dengan pengenalan ketua jurulatih yang paling sesuai dengan kelab.

"Kami berterima kasih kepada Wayne Rooney atas semua yang dia lakukan untuk kelab dan bola sepak di Washington, pertama sebagai pemain dan kapten dan yang terbaru sebagai pengendali DC United," ketua pegawai eksekutif dan pengerusi bersama DC United, Jason Levien.

Iklan