Main peranan semak dan imbang, walaupun kalah - Cikgu Kasim

Iklan
Kasim Samat

BENTONG - Walaupun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, bekas colon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat ingin berperanan semak dan imbang kepada kerajaan.

Beliau mesra di panggil Cikgu Kasim juga akan memantau segala tawaran dan perubahan yang dijanjikan oleh Barisan Nasional (BN).

Iklan
Iklan

Menurutnya, peranan itu bagi membolehkan isu-isu rakyat yang tidak diberikan perhatian oleh kerajaan dibangkitkan semula.

"Macam itu lah (berperanan semak dan imbang). Kita (PN) adalah pembangkang di negeri Pahang.

Iklan

"Tugas kita memastikan apa yang dijanjikan BN ditunaikan. Apa yang mereka hendak lakukan itu mesti ada perubahan," katanya pada Ahad.

Pada Sabtu, keputusan PRK DUN Pelangai menyaksikan BN berjaya mempertahankan kerusi DUN Pelangai.

Iklan

Perkembangan ini sekali gus menyekat misi PN untuk merampas kerusi tradisi BN itu di samping gagal dalam misi menambah kerusi DUN Pahang ke-18.

Calon BN, Datuk Amizar Abu Adam memperoleh 7,324 undi manakala calon PN, Kasim Samat (4,375 undi) dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli (47 undi).

Jumlah itu membabitkan semua 31 saluran undi dengan majoriti diterima adalah 2,949 undi.

Terdapat 120 undi ditolak manakala peratusan keluar mengundi adalah 72.12 peratus daripada keseluruhan pemilih berdaftar.

PRK DUN Pelangai terpaksa diadakan ekoran kematian penyandang, Datuk Seri Johari Harun dalam insiden pesawat berlaku di Elmina, Shah Alam pada Ogos lalu.

Pada PRU15, Allahyarham Johari daripada BN menang majoriti 4,048 undi dalam pertembungan empat penjuru antara PN, Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pejuang Tanah Air.