Keangkuhan Israel makan diri

Iklan
Sebuah gudang di bandar Gedera di wilayah Israel yang diduduki musnah dlaam kebakaran selepas terkena roket yang dilancarkan dari Gaza. - Foto: EPA

TEL AVIV - Keangkuhan Israel melakukan jenayah perang dan penghapusan rakyat Palestin tiada tolok banding.

Selama lebih tujuh dekad lamanya, rejim Zionis rakus melakukan pembunuhan terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak.

Iklan
Iklan

Malah, kecaman masyarakat antarabangsa terhadap kekejaman Israel umpama mencurahkan air ke daun keladi.

Namun, pada Sabtu keangkuhan Israel memakan diri apabila ia seolah-olah tidak mampu mengawal nasib sendiri apabila negara haram itu dihujani ribuan roket yang dilancarkan dari Genting Gaza.

Iklan

'Operasi Banjir al-Aqsa' yang dilancarkan Hamas yang menguasai Gaza umpama tamparan hebat kepada Israel kerana skala pertempuran terbaharu itu tidak pernah disaksikan sejak 1948.

Perang berskala besar itu berlaku apabila pihak berkuasa Israel menutup lintasan sempadan Karem Abu Salemm (Kerem Shalom) yang menghubungkan wilayah Gaza selama dua minggu.

Iklan

Sebagai respons terhadap hujan roket tersebut, tentera Israel juga bertindak melancarkan serangan udara ke atas beberapa kedudukan Hamas di Genting Gaza yang berada di bawah kepungan haram sejak 2007.

Roket dilancarkan oleh pejuang Ezz al-Din al Qassam iaitu sayap tentera pergerakan Hamas di bandar Gaza. - Foto: EPA

Serangan dirancang teliti, dilaksanakan dengan baik

Serangan melalui udara, laut dan darat dilancarkan Hamas dan pejuang lain dari Gaza dianggap satu kejayaan dan dilaksanakan dengan baik.

Seiring pelancaran ribuan roket ke arah wilayah yang diduduki, ratusan pejuang Palestin menyerang kawasan tentera Israel di bahagian selatan yang meragut hampir 300 nyawa.

Objektif Hamas dan Operasi Banjir al-Aqsa bukanlah rahsia. Pertama, membalas dan menghukum Israel kerana pendudukan, penindasan dan penempatan haram serta pencemaran Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Kedua, Operasi Banjir al-Aqsa adalah tanda protes Hamas terhadap normalisasi negara Arab dengan rejim Zionis dan akhir sekali perang terbaharu ini sebagai langkah untuk mendapatkan pertukaran banduan serta tahanan politik lain dari penjara Israel.

Perlu diingat bahawa pemimpin Hamas di Genting Gaza, Yahya al-Sinwar ditahan lebih dua dekad di penjara Israel sebelum dibebaskan dalam pertukaran tahanan.

Terdapat juga aspek 'menghukum dan balas dendam' dalam perang kali ini kerana ketua tentera Hamas, Mohammed Deif kehilangan orang tersayang akibat keganasan Israel yang menyaksikan bayi lelaki, anak perempuan berusia tiga tahun dan isterinya maut dalam serangan udara Israel pada 2014.

Dalam erti kata lain, serangan mengejut Hamas bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Tamparan hebat

Sifat angkuh Israel dan kesombongan pemimpinnya bukan lagi rahsia kerana mereka selama ini menganggap kebal dan tidak boleh dikalahkan.

Namun, serangan kali ini disifatkan sebagai satu tamparan kepada Israel yang selama ini memperlekehkan perjuangan Palestin.

Menurut penganalisis politik veteran Israel, Meron Rapaport Israel sedang melalui situasi yang mereka tidak pernah gambarkan sebelum ini.

Rapoport menyifatkan perkhidmatan perisikan Israel berada dalam keadaan terkejut dan kepercayaan Israel terhadap tentera telah lebur.

"Ini adalah kegagalan tentera dan perisikan yang pasti Israel perlu mengambil masa yang lama untuk pulih, dari segi keyakinan diri," katanya.

Tambahnya, selama bertahun-tahun Israel telah membangunkan rangkaian infrastruktur kawalan yang canggih dan mahal di dalam serta sekitar Genting Gaza yang telah dikepung sejak 2007.

"Sepatutnya ada kamera di sana, dron di udara. Ini adalah tamparan hebat yang tidak dapat dibayangkan oleh tentera Israel,"katanya.

Rapoport menyatakan bahawa unit perisikan tentera Israel yang dikenali sebagai Unit 8200, dapat mengetahui butiran paling halus dalam kehidupan rakyat Palestin.

Namun peliknya, kali ini mereka tidak dapat mengesan ratusan atau ribuan roket yang dilancarkan pejuang Palestin.

"Imej-imej di televisyen yang menunjukkan remaja berbisik kepada media bertanya di mana tentera berada, sungguh memberi kesan.

"Pejuang Palestin menembak di luar tetapi tentera masih belum muncul. Situasi ini menjadi sangat sukar untuk dipulihkan,” katanya. – Agensi

Pasukan keselamatan Israel berdiri di sepanjang jalan di Tel Aviv yang terkena serangan roket dilancarkan dari Gaza. - Foto: EPA