Sawah Padi Kampung Alor Bakat

Iklan
Kawasan sawah padi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Kampung Alor Bakat, Mahligai di sini, ketika tinjauan hari ini.

Beberapa tanah sawah di luar KADA akan dinaik taraf sebagai kawasan penanaman padi dalam jelapang bagi meningkatkan pengeluaran beras tempatan di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Agromakanan dan Komoditi Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata kira-kira 121 hektar sawah di Machang sedang diusahakan sebagai permulaan untuk program berkenaan tahun ini.