Pelumba Cub Prix kemalangan, isteri mohon doa rakyat Malaysia

Iklan
Perkhabaran kemalangan yang menimpa Md Izzat dan Isterinya mohon doa rakyat Malaysia buat suami tercinta.

PELUMBA negara, Md Izzat Zaidi ditimpa kemalangan semasa sesi super-pole pada perlumbaan Cub Prix Malaysia di Litar Bandar Medini Iskandar, Johor pada Sabtu.

Khabar sedih tersebut dimaklumkan oleh isteri pelumba itu menerusi laman sosial yang mengharapkan doa rakyat Malaysia agar diberi keajaiban dan kesembuhan buat suaminya.

Iklan
Iklan

Md Izzat merupakan pelumba dari CKJ Racing Team.

"Assalamualaikum, saya isteri kepada Md Izzat Zaidi ingin memohon doa kalian agar diberikan keajaiban serta kesembuhan buat suami.

Iklan

"8 Oktober 2023. Izzat telah menjalani pembedahan disebabkan banyak kecederaan di bahagian paru-parunya dan sebahagian tulang rusuk yang patah.

"Izzat kini bergantung 100 peratus pada mesin bantuan pernafasan buat masa sekarang dan ditempatkan di ICU (Unit Rawatan Rapi) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Iklan

"Keadaannya sangat kritikal. Semoga Allah SWT mudahkan urusan dan angkat segala penyakit beliau. Amin - Isteri,” tulis isteri Izzat yang dikenali sebagai elyshanorizal.

Dalam pada itu, pasukan CKJ mengesahkan bahawa Md Izzat mengalami kemalangan tersebut selepas jentera Yamaha yang dipacunya sewaktu sesi Super-Pole CP150 melanggar penghadang jalan dan terbabas ke pagar keselamatan yang diletakkan di tepi litar.