Wajar naikkan gaji anggota polis YA1 menerusi Belanjawan 2024

Iklan
Gambar kecil: Lee Lam Thye

SHAH ALAM - Kerajaan perlu memberikan pertimbangan sewajarnya untuk menyelaraskan skim gaji permulaan bagi anggota polis berpangkat Konstabel (YA1) dengan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan menerusi Belanjawan 2024.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat (Ikatan), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, gaji permulaan sebanyak RM1,441 itu sangat rendah memandangkan kos sara hidup semakin meningkat dan membebankan terutamanya mereka yang berkhidmat di kawasan bandar.

Iklan
Iklan

"Saya sudah lama bawakan isu ini sebagai wakil badan bukan kerajaan (NGO) kerana melihat gaji polis di negara jiran seperti Singapura jauh berbeza jika dibandingkan dengan Malaysia.

"Demi keadilan dan kebajikan mereka, kenaikan ini amat diperlukan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Berdasarkan laporan Sinar Harian pada Sabtu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan kepada kerajaan mengenai isu tersebut disebabkan gaji anggota polis berpangkat rendah itu adalah kecil di bawah kadar gaji minimum.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, selain penyelarasan tangga gaji, PDRM turut mengemukakan beberapa cadangan khususnya bagi meningkatkan tahap integriti pasukan.

Iklan

Dalam pada itu, Lam Thye turut menyokong cadangan agar kenaikan penambahan 30 peratus daripada kadar kenaikan gaji tahunan (KGT) dan kenaikan satu KGT 'one off' bagi kumpulan pengurusan profesional kepada skim pegawai kanan polis iaitu YA13 hingga YA24A.

"Saya harap perkara ini turut diambil kira Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan belanjawan nanti kerana telah lama ditunggu-tunggu pasukan polis negara kita,” ujarnya.