Israel mengaku tidak bersedia serangan mengejut Hamas

Iklan
Anggota tentera Israel berdiri di hadapan balai polis yang musnah dibedil pejuang Hamas. - Foto: AFP

PARIS - Duta Israel ke Perancis mengakui bahawa negaranya tidak 'bersedia secukupnya' berdepan serangan mengejut Hamas dengan menyalahkan kegagalan perkhidmatan perisikannya.

Kumpulan pejuang Hamas melancarkan serangan besar-besaran terhadap Israel dengan melancarkan 5,000 roket dari Genting Gaza ke Tel Aviv pada awal pagi Sabtu.

Iklan
Iklan

Ketika ditanya mengenai kegagalan perkhidmatan perisikan, diplomat Israel itu menjawab ' ya...ia sudah tentu kerana kebiasaannya kami perlu bersedia'.

"Pengajaran harus diambil iktibar," tambahnya.

Iklan

Serangan awal pagi Sabtu oleh Hamas dari Genting Gaza melalui udara, darat dan laut telah dibalas serangan udara Israel ke atas pesisiran pantai yang disekat, dalam peningkatan paling berdarah dengan rakyat Palestin sejak Mei 2021.

Pihak berkuasa Gaza mengeluarkan angka kematian lebih 240 orang dalam peningkatan paling berdarah konflik dalam beberapa tahun yang turut menyebabkan ratusan lagi cedera di kedua-dua belah pihak. - AFP

Iklan