PRK Pelangai: PN mampu pecah tradisi

Iklan
Kamaruddin

KOTA BHARU - Kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai didakwa atas faktor undi bukan Melayu yang sebahagian besar berada di kawasan itu.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor bagaimanapun berkata, kemerosotan undi terhadap BN membuktikan peningkatan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Iklan
Iklan

Menurutnya, PN turut berpeluang untuk menang di Pahang jika ada siri pilihan raya selepas ini.

"Pelangai yang dikatakan kubu UMNO juga boleh merosot, jadi tidak mustahil Bersatu dan Pas mampu memecahkan DUN yang tidak menjadi kubu parti itu," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Kamaruddin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PN menjelaskan kekalahan di Pelangai tidak mematahkan semangat PN untuk bekerja lebih keras.

"Kita juga tidak menafikan ramai pengundi muda beralih kepada PN pada PRK itu.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, PN Pahang tetap positif walaupun kalah pada PRK itu berikutan majoriti undi yang diperolehi BN berkurangan.

Pada PRK itu, Amizar menang dengan majoriti 2,949 undi selepas memperoleh 7,324 undi, menewaskan calon PN, Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi manakala calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni meraih 47 undi.