KUALA LUMPUR - Pengasas bersama platform penyediaan perkhidmatan penjagaan bayi, Kiddocare Sdn Bhd, Muhaini Mahmud, meninggal dunia di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, pada petang Ahad.
Allahyarham Muhaini, 44, yang lebih dikenali sebagai Mui, meninggal dunia selepas ditidurkan bagi menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), susulan lemas dalam satu kejohanan triathlon Ironman di Langkawi pada hari sebelumnya.