Menteri Indonesia lakukan kunjungan hormat ke atas Agong, bertemu Anwar

Iklan
Erick melakukan kunjungan hormat ke atas Al-Sultan Abdullah di Istana Negara di Kuala Lumpur pada Sabtu. Turut serta, Tengku Zafrul. - Foto Facebook Tengku Zafrul

JAKARTA - Menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Indonesia, Erick Thohir melakukan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Beliau disertai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai sebahagian daripada lawatan kerjanya ke Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Erick, 53, yang juga pengerusi Persatuan Bola Sepak Indonesia membincangkan perkara penting dalam industri bola sepak serantau.

"Kami terlibat dalam perbincangan meluas mengenai potensi kerjasama bola sepak di rantau Asia Tenggara untuk meningkatkan industri dan pasukan kebangsaan serantau," menurutnya dalam satu kenyataan.

Iklan

Kemudian, beliau bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan perbualan berlangsung kira-kira dua jam di kediaman rasmi Perdana Menteri.

"Saya mendapat pandangan berharga daripada beliau sebagai seorang tokoh terkemuka yang mempunyai pengaruh dalam landskap demokrasi di rantau Asia Tenggara. Terima kasih Encik Anwar. Saya menantikan perbincangan kami yang seterusnya," katanya.

Iklan

Erick, yang dianggap sebagai salah seorang calon berpotensi terkemuka untuk Naib Presiden Indonesia pada pilihan raya 2024, memulakan lawatan kerjanya di Singapura pada Jumaat.

Beliau bertemu dengan Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan dan Menteri Tenaga Manusia, yang juga memegang jawatan sebagai Menteri Perdagangan dan Industri Kedua, Tan See Leng.

"Kami berhasrat untuk memastikan kerjasama serantau di rantau Asia Tenggara menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan penciptaan pekerjaan untuk Indonesia," tambahnya. - Bernama