Selangor umum bonus Jumaat ini

Iklan
Ng Suee Lim

Berita baik kepada seluruh penjawat awam Selangor

SUNGAI BESAR - Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dijangka mengumumkan pemberian bonus penjawat awam Selangor Jumaat ini.

Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim berkata, bantuan khas kewangan itu dijangka diumumkan Amirudin pada perjumpaan Rapat Ramadan bersama penjawat awam di Auditorium Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz Shah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pengumuman itu dijangka memberi berita baik kepada seluruh penjawat awam di negeri ini.

"Saya tak tahu berapa jumlah pembayaran bonus, tapi yakin pengumuman ini tidak menghampakan penjawat awam di negeri ini," katanya ketika ditemui pada Iftar Perdana Parlimen Sungai Besar.

Iklan
Iklan