ABIM gesa warga dunia konsisten sokong perjuangan Palestin

Iklan
Faisal Abdul Aziz

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa seluruh warga dunia konsisten mendukung perjuangan rakyat Palestin.

Presidennya, Faisal Abdul Aziz berkata, langkah itu secara tidak langsung membantu umat Islam di negara itu yang sejak sekian lama mendambakan kebebasan dan kemerdekaan tanah air mereka.

Iklan
Iklan

"ABIM mengamati pertembungan antara rakyat Palestin dan Rejim Zionis yang semakin memuncak.

"Pertembungan baru-baru ini adalah susulan kezaliman dan penjajahan berterusan Rejim Zionis ke atas rakyat Palestin,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Dalam perkembangan berkaitan, ABIM menggesa agar seluruh pihak menghormati batas kemanusiaan khususnya dalam memelihara rakyat awam yang terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan orang tua di wilayah bergolak berkenaan.

"Dalam masa sama, bagi menamatkan pergolakan ini, ABIM menegaskan seluruh pihak khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) harus bertindak segera menghentikan penjajahan zionis Israel ke atas wilayah Palestin,” katanya.

Iklan