Sudah lelah menyanyi, Ariel umum NOAH bakal berehat panjang

Iklan
Ariel - Foto @arielnoah

KUMPULAN rock terkenal dari Indonesia NOAH bakal berehat panjang selepas 11 tahun ditubuhkan dan menghiburkan peminat mereka baik di negara sendiri mahupun Malaysia dan Singapura.

Perkara tersebut diumumkan oleh vokalisnya Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham ketika mengadakan persembahan di Konsert Circus Concerta.

Iklan
Iklan

"Kami berharap anda tidak akan pernah bosan dengan NOAH.

"Tapi nanti bermula Disember NOAH akan berehat panjang. Sudah 20 tahun kami asyik menyanyi tanpa rehat,” katanya menurut agensi berita Kompas.

Iklan

Bagaimanapun sebelum berehat, band yang terkenal dengan lagu bergenre rock alternatif dan pop rock itu akan menutup tahun 2023 dengan rangkaian The Great Journey of Noah di Jakarta pada Disember sekali gus menjadi persembahan terakhir mereka.

"Paling terakhir nanti (konsert) Disember. Jadi bermula Januari 2024 harusnya kita sudah tidak ada konsert lagi.

Iklan

"Mungkin ada lagi satu kerana sudah terkait (terikat) dengan kontrak,” katanya lagi.

Tambah Ariel, sepanjang berehat, mereka akan melakukan pelbagai perkara yang telah dirancang.

Bagaimanapun tidal dinyatakan secara lanjut apa yang akan dilakukan oleh mereka selepas ini.

Pada Ogos lalu, akaun media sosial kumpulan tersebut mendapat perhatian ramai selepas satu hantar dimuat naik dengan kapsyen Terima kasih untuk awal yang menyenangkan dan ia menjadi tanda tanya dan perdebatan pengikutnya.