Memandu di jalan raya juga punca stres

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

KHAMIS lalu Mahkamah Majistret Klang menjatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 terhadap seorang pekerja bengkel selepas tindakannya membelasah penghantar makanan hingga parah hanya kerana membunyikan hon.

Ia mendapat perhatian ramai kerana rakaman kejadian tular di pelbagai platform media sosial.

Iklan
Iklan

Ada beberapa perkara menarik perhatian untuk disentuh Merak Jalanan berkaitan kejadian itu seperti kecanggihan teknologi dan kewujudan media sosial menyumbang kepada kebaikan umum terutama rakaman video menjadi bukti kukuh di mahkamah.

Ia menjadi peringatan kepada semua di luar sana untuk berfikir dua kali sebelum melakukan apa sahaja tindakan yang boleh melanggar undang-undang kerana mereka mungkin sahaja dirakam oleh kamera.

Iklan

Seandainya tertangkap, pesalah ini akan ‘terkenal’ kerana kuasa tular media sosial dan akan dihujani kritikan warganet serta perlu menghadapi hukuman apabila didapati bersalah.

Memandu di jalan raya boleh menyebabkan depresi dan stres apabila berhadapan kesesakan atau kerenah pengguna jalan raya yang lain.

Iklan

Sebuah platform antarabangsa Confused.com baru-baru ini yang mendedahkan Malaysia menduduki tangga kelapan sebagai negara paling stres untuk memandu, berdasarkan kepada 72 daripada 100 skor diraih.

Apabila tertekan dan gagal mengawal emosi, lantas membuatkan mereka bertindak di luar kawalan seperti mencetuskan pergaduhan di jalan raya.

Sikap samseng jalan raya yang bertindak sesuka hati memukul pengguna lain apabila berlaku perselisihan faham di jalan raya tidak wajar berlaku.

Usahlah bertindak di luar batasan kerana ikut hati mati, ikut rasa binasa.

Tidak berbaloi meletakkan undang-undang di tangan sendiri kerana kesan yang bakal dihadapi kemudian hari adalah lebih memeritkan.